Sunday, November 8, 2009

PAKATAN?????????????

Keadilan,PAS & DAP adalah gabungan parti yang kononnya boleh dikatakan PAKATAN RAKYAT?yang juga merupakan wadah atau alternatif bagi rakyat yang menolak kerajaan atau rakyat yang tidak pernah celik mata terhadap Politik di Malaysia.Merujuk kepada ayat 'PAKATAN' ini kalau dilihat dari segi maknanya,ianya merupakan 1 ikatan yang berunsurkan tidak kekal.kita boleh lihat contoh ayat,"Anwar Ibrahim telah berpakat dengan Lim Guan Eng supaya menyuruh Fairuz meletak jawatannya di pulau pinang kerana kes rasuah sudah terbongkar."lihat?ayat berpakat itu membawa maksud yang tidak baik dan juga tidak kekal.begitu jugalah yang berlaku kepada "Pakatan rakyat".Sebagai contoh,kes yang berlaku di negeri Selangor,iaitu kerajaan yang diterajui oleh PR. Seorang wakil rakyat yang diwakili oleh PAS telah dengan sekeras-kerasnya menghalang penjualan arak yang berleluasa di selangor,tetapi oleh kerana pertembungan ideologi dan perjuangan yang berbeza2 dikalangan parti yang berpakat,maka pengharaman itu ditarik kembali dan ianya dibenarkan penjualannya di Selangor.Lihat?maknanya Pakatan hanya dibuat untuk sifat sementara.Membincangkan tentang pakatan,baru-baru ini PAS juga telah bersedia untuk berunding dengan UMNO untuk membentuk 1 perpaduan dan "daulah" atau Negara yang menjurus kepada pembangunan dan pembentukan yang berlandaskan islam,tetapi ianya telah mendapat tentangan yang hebat oleh bukan sahaja parti yang berada didalam parti yang berpakat (KeAdilan & DAP),tetapi juga oleh pemimpin yang berada dalam PAS itu sendiri.Oleh itu sebagai rakyat malaysia yang sudah semestinya faham akan keadaan dan juga hakikat yang berlaku bangkitlah dari tidur dan mimpi yang indah,kerana mimpi ini hanyalah bersifat sementara,bangkitlah dan pilihlah untuk berada dalam alam yang nyata...tepok dada tanyalah iman..renung2kan,selamat beramal...hehehehe...

No comments:

Post a Comment