Thursday, November 19, 2009

Anwar Menteri Besar Selangor???apa dah jadi???

Baru2 ini dalam ucapan Anwar Ibrahim diselangor beliau menegaskan akan memantau dan membantu segala urusan tadbir urus dinegeri tersebut.Tan Sri Khalid selaku menteri besar negeri selangor yang pada mulanya dikatakan mempunyai kaliber serta kredibiliti dan juga mempunyai abiliti untuk menjadi Menteri Besar di negeri tersebut tak ubah seperti laungan yang sia2..lihat sahaja drama demi drama yang berlaku dinegeri selangor selepas mereka mengambil alih selangor.Tak tertahan dengan drama2 yang berlaku,kini Anwar Ibrahim tiba2 muncul dan mengaku sbg wira yang konon ingin mempertahankan selangor..walhal sudah diketahui dan tidak syak lagi,'ada udang disebalik batu'...apa yg boleh kita lakukan???kita tunggu dan lihat episod demi episod yang akan berlaku dalam drama nie...ataupun???marilah sama2 kita menolak 'krew2 drama,pengarah drama dan seluruh konco2nya' supaya hentikan 'pementasan' yang sentiasa memperbodohkan diri mereka sendiri...

Thursday, November 12, 2009

Kegusaran BABI (Bro Anwar Bin Ibrahim)

Kegusaran BABI kini kian memuncak ini berikutan dengan gelombang atau aura yang dibawa oleh pemimpin yang berjiwa rakyat iaitu Dato' Seri Najib Tun Abd Razak. Kini BABI sedang merancang bentuk serangan yang bakal dirancang.Melihat pada kestabilan parti dan juga pakatan yang dibuat semakin goyah kerana aura 1 Malaysia semakin hebat sehinggakan mampu membuat pergolakan yang bukan sahaja didalam parti yang di payungi oleh BABI,jtetapi pakatan yang di buat oleh BABI itu sendiri,sebagai contoh,antara pemimpin yang boleh dikatakan anak didik BABI itu sendiri iaitu Sdr Badrul Hisyam telah melompat masuk dan sendiri untuk menyertai UMNO.Dalam ucapan atau press conference beliau mengatakan hilangnya kepercayaan terhadap BABI dan dengan konsep yang dibawa beliau adalah amat jauh dari konsep ketelusan yang sentiasa dilaung-laungkannya.Ini ditambah pula,dengan kesetujuan PAS inigin bermuzakarah dengan UMNO untuk memperbincangkan tentang isu-isu kenegaraan yang jelas sekali menampakkan penolakan PAS untuk memperbincangkan isu ini bersama dengan komponen parti dalam pembangkang itu sendiri.Pada pandangan kaca mata saya,BABI ini akan membuat 'Tour' serata malaysia untuk menyampaikan cerita2 kosong yang bertujuan ingin menanam persepsi yang buruk terhadap kerajaan yang ada sekarang.Tidak ditakuti kerana rakyat kini lebih pandai menilai yang mana baik atau yang mana yang buruk.

Sunday, November 8, 2009

PAKATAN?????????????

Keadilan,PAS & DAP adalah gabungan parti yang kononnya boleh dikatakan PAKATAN RAKYAT?yang juga merupakan wadah atau alternatif bagi rakyat yang menolak kerajaan atau rakyat yang tidak pernah celik mata terhadap Politik di Malaysia.Merujuk kepada ayat 'PAKATAN' ini kalau dilihat dari segi maknanya,ianya merupakan 1 ikatan yang berunsurkan tidak kekal.kita boleh lihat contoh ayat,"Anwar Ibrahim telah berpakat dengan Lim Guan Eng supaya menyuruh Fairuz meletak jawatannya di pulau pinang kerana kes rasuah sudah terbongkar."lihat?ayat berpakat itu membawa maksud yang tidak baik dan juga tidak kekal.begitu jugalah yang berlaku kepada "Pakatan rakyat".Sebagai contoh,kes yang berlaku di negeri Selangor,iaitu kerajaan yang diterajui oleh PR. Seorang wakil rakyat yang diwakili oleh PAS telah dengan sekeras-kerasnya menghalang penjualan arak yang berleluasa di selangor,tetapi oleh kerana pertembungan ideologi dan perjuangan yang berbeza2 dikalangan parti yang berpakat,maka pengharaman itu ditarik kembali dan ianya dibenarkan penjualannya di Selangor.Lihat?maknanya Pakatan hanya dibuat untuk sifat sementara.Membincangkan tentang pakatan,baru-baru ini PAS juga telah bersedia untuk berunding dengan UMNO untuk membentuk 1 perpaduan dan "daulah" atau Negara yang menjurus kepada pembangunan dan pembentukan yang berlandaskan islam,tetapi ianya telah mendapat tentangan yang hebat oleh bukan sahaja parti yang berada didalam parti yang berpakat (KeAdilan & DAP),tetapi juga oleh pemimpin yang berada dalam PAS itu sendiri.Oleh itu sebagai rakyat malaysia yang sudah semestinya faham akan keadaan dan juga hakikat yang berlaku bangkitlah dari tidur dan mimpi yang indah,kerana mimpi ini hanyalah bersifat sementara,bangkitlah dan pilihlah untuk berada dalam alam yang nyata...tepok dada tanyalah iman..renung2kan,selamat beramal...hehehehe...